PENERANGAN
KAEDAH MELUKIS, MERANGKA DAN MEMBENTUK LITAR
Memandangkan
pelbagai jenis simbol grafik yang terdapat pada alat komponen elektronik,
pelajar-pelajar hendaklah melukis simbol grafik dengan teliti, jelas dan kemas
mengikut kaedah yang betul.
Beberapa
perkara perlu dititikberatkan seperti penyusunan
komponen, corak pendawaian, penyesuaian saiz komponen dan ruang semasa melukis litar skema.
Pelajar-pelajar akan dapat menentukan penyambungan di antara satu komponen
dengan komponen yang lain dengan betul supaya litar boleh bekerja. Di samping
itu, pelajar-pelajar hendaklah menyesuaikan penyusunan kedudukan
komponen-komponen dengan ruang supaya litar tersebut dalam keadaan teratur dan
kemas.
Rajah 1 (a) menunjukan simbol grafik bagi
komponen-komponen yang hendak disambungkan secara siri. Rajah 1 (b) menunjukkan
lukisan gambaran dua perintang yang hendak disambungkan secara siri tetapi
tidak teratur.
Rajah 1 (a): Simbol grafik
Rajah 1 (b): Lukisan gambaran
Komponen yang terdapat
dalam lukisan gambaran pada rajah 1 (b) boleh dilukis dengan mengikut cara
lukisan litar skema seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 (c). Susunan dan
kedudukan simbol-simbol grafik pada sesuatu litar skema itu boleh dilukis dalam
beberapa corak susunan. Susunan ini bergantung kepada bilangan simbol grafik
pada sesuatu litar dan kesesuaian gambarajah litar.
Rajah 1 (c): Corak susunan komponen (sambungan siri)
Susunan komponen yang
teratur dan pendawaian yang kemas adalah satu latihan asas yang dipraktikkan
dalam lukisan elektronik untuk mengelakkan lukisan yang tidak mengikut
peraturan lukisan litar skematik. Apabila dalam satu gambarajah litar terdapat
satu jenis simbol grafik yang mempunyai bilangan lebih daripada satu komponen
maka saiz simbol berkenaan hendaklah dilukis sama saiznya.
Rajah 2: Contoh susun atur yang tidak seragam dan
teratur
created by :
NORDIN RAWI(DB110855)
MOHAMAD LAZIM ZAKARIA(DB110344)