Monday, April 14, 2014

PENERANGAN
KAEDAH MELUKIS, MERANGKA DAN MEMBENTUK LITAR
Memandangkan pelbagai jenis simbol grafik yang terdapat pada alat komponen elektronik, pelajar-pelajar hendaklah melukis simbol grafik dengan teliti, jelas dan kemas mengikut kaedah yang betul.
Beberapa perkara perlu dititikberatkan seperti penyusunan komponen, corak pendawaian, penyesuaian saiz komponen dan ruang semasa melukis litar skema. Pelajar-pelajar akan dapat menentukan penyambungan di antara satu komponen dengan komponen yang lain dengan betul supaya litar boleh bekerja. Di samping itu, pelajar-pelajar hendaklah menyesuaikan penyusunan kedudukan komponen-komponen dengan ruang supaya litar tersebut dalam keadaan teratur dan kemas.
Rajah 1 (a) menunjukan simbol grafik bagi komponen-komponen yang hendak disambungkan secara siri. Rajah 1 (b) menunjukkan lukisan gambaran dua perintang yang hendak disambungkan secara siri tetapi tidak teratur.

Rajah 1 (a): Simbol grafik



Rajah 1 (b): Lukisan gambaran

Komponen yang terdapat dalam lukisan gambaran pada rajah 1 (b) boleh dilukis dengan mengikut cara lukisan litar skema seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 (c). Susunan dan kedudukan simbol-simbol grafik pada sesuatu litar skema itu boleh dilukis dalam beberapa corak susunan. Susunan ini bergantung kepada bilangan simbol grafik pada sesuatu litar dan kesesuaian gambarajah litar.
 Rajah 1 (c): Corak susunan komponen (sambungan siri)


Susunan komponen yang teratur dan pendawaian yang kemas adalah satu latihan asas yang dipraktikkan dalam lukisan elektronik untuk mengelakkan lukisan yang tidak mengikut peraturan lukisan litar skematik. Apabila dalam satu gambarajah litar terdapat satu jenis simbol grafik yang mempunyai bilangan lebih daripada satu komponen maka saiz simbol berkenaan hendaklah dilukis sama saiznya.

Rajah 2: Contoh susun atur yang tidak seragam dan teratur





created by :
NORDIN RAWI(DB110855)
MOHAMAD LAZIM ZAKARIA(DB110344)